Lilypie Maternity tickers

Wednesday, October 30, 2013

Next Project : D.I.Y Veil Nikah & Photobooth Props

Assalamualaikum dear readers~~~

Minggu ni bz settle kan form nikah utk tandatangan 2 org saksi, wali & me kat dpn jurunikah then kena antar form ke PAID plak..huhuhu...

Btw, nk bgtahu yg start next week nk kena siapkan brg2 nikah & doorgifts reception...bulan lps dh siapkan dlm 100++ potpouuri & now kena habiskan sume skaligus...which means, ade lg balance 300++....

2nd week of Nov pulak nk kena start antar kad jemputan kt kwn2 yg konvo uia & bermula nya end year sales, so meaning that aku dh boleh shopping perabihkan duit utk brg2 kawen yg x cukup sbb nk tngu sales gila2 baru boleh g beli brg2 utk letak atas dulang hantaran...hahahaha...

Ape2 pun, yg plg penting skali aku kena g beli brg2 utk d.i.y veil nikah e.g kain chiffon, lace & beads...haaaaa, time ni lah nk tnjuk skills menjahit & mem"beading" sbb aku kan dh bljar drp ex-bos msa kje kt butik tudung dlu...

Nak buat veil nikah yg simple ala2 diana amir pakai ni


Selain tu, aku gak nk kne start buat sikit2 props utk photobooth supaya xde lah boring je guest yg dtg reception tu nanti...atleast dorg bleh main2 dgn props utk snap gmbar sementara nk tngu pengantin dtg...hehehehehe....

Contoh Photobooth Props





Yg ni dlm perancangan nak buat tapi mcm susah sebab kena potong ikut shape


Google Free Photobooth Props utk memudahkan kerja2 d.i.y anda

ok, korg tngu jelah utk next post aku berkenaan tutorial veil nikah & photobooth props...entry kali ni utk bg mukadimah je yg sebenarnye...

P/S: MF baru balik drp treasure hunt di Penang & dpt hadiah ke3...Rezeki org yg nk kawen tu tetap ade wlaupun x byk...in shaa Allah..Aamiin Ya Rabb al-amin...

Tuesday, October 22, 2013

Wedding Preparation

Assalamualaikum dear readers...

Dh lama x update kat blog ni, so arini nk tmbah post baru regarding my coming soon wedding...

Baru2 ni dh siap invitation card & now focused on the next step which is solemnization arrangement pulakkk~~~

Invitation Card 


Now, i'm super duper bz dgn urusan nikah like fill in online form, print out document, photostat, nk dpt kan pengesahan PPN & hantar document kt PAID...

Surat kebenaran nikah pihak lelaki


Klau nk tahu, aku ni nikah & sanding sume kt kampung di semenyih even tough aku duk kt seremban & alamat dlm ic pun N9 so ade bykkkk kje nk kne settle klau nk kawen kt luar negeri...huhuhu

semlm plak baru tmbah lg decoration kt guestbook sbb nk bg lg cantik & final touch akan dibuat 2-3 hari seblum reception day sbb aku nk tampal gmbar nikah kteorg kt cover dpn guestbook tu... 

Front Cover Handmade Guestbook


D.I.Y Guestbook by ME & Stationary utk tetamu conteng2 tampal2

 
lain2 perkara yg still x settle lg mcm baju nikah yg blum beli sbb tgh survey fesyen2 muslimah yg x menjolok mata..pastu veil, tudung & baju melayu lelaki pun nk kne beli yg sedondon sbb klau nk tempah ikut saiz kteorg mmg dh x sempat lgpun mahal sesgt habaq kat hang!!! beli yg dh siap lg jimat kos & boleh pkai lps nikah utk event2 lain sbb klau tempah mmg sah2 lah nmpk sgt baju nikah so nk pkai utk next time rsa x best plak...

Contoh baju nikah yg aku minat setakat ni

Simple but nice & paling penting boleh recycle utk event lain
                 

ok, i think thats all for today...ape2, will update later ya!!!

P/S: May Allah ease everything for our journey... 

Wednesday, September 18, 2013

Tips for Bride To Be...

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. 
Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Saturday, July 20, 2013

Susunan Persiapan Perkahwinan...



Persiapan Kahwin..

Assalamualaikum dear all bloggers, readers & blog walking people out there...

Hari ni aku nk share kt korg sume separuh drp brg2 kawen yg aku dh shooopppiiinnggg & in shaa Allah dpt membantu korg2 or B2B kt luar tu utk dpt more ideas on wedding stuff yg korg perlu ade or siapkan menjelang hari bahagia...hehehehe...org lain duk sibuk dgn persiapan raya tp aku plak x rsa nk raya sgt sbb nk kne uruskan event of the year...

1st of all, korg kne sediakan buku nota (ala2 bku nota skolah) sbb penting utk korg senarai kan brg2 keperluan & perkara2 yg korg kne tempah so, u won't miss any important things including benda yg kecik2...as for example, 

  1. Butik Pengantin (Pelamin, Mekap, Baju Sanding & Aksesori)
  2. Katering (Jenis2 lauk pauk)
  3. Photography
  4. Sewa Dewan (ni klau korg x buat kt umah)
  5. Barang2 hantaran
  6. Perkhidmatan ukiran inai
  7. Entertainment (Musics / Kompang / MC / Photobooth / Guestbook)
  8. Kad Jemputan
  9. Doorgift 
  10. Kelengkapan Pernikahan / Fill in online form / HIV Test
  Ok, ni antara benda2 yg besar tp pastu korg kne buat plak point2 dlm tiap2 perkara tu supaya korg lebih nmpk ape yg diperlukan...sebagai contoh tambahan, aku ni jenis yg nk cut budget & spend money on certain important stuff only...so, aku akan buat survey keperluan2 ni sume based on my budget & good in quality...


Nk tahu  ape yg aku dh buat utk cut budget???...jwpan nye, aku byk buat D.I.Y utk separuh drp keperluan perkahwinan aku sendri...nasib baik lah aku x lantik dri sendri gak yg jd tukang masak, tailor baju nikah, ukir inai kt kaki & tgn , buat kad kawen, & photographer utk wedding sendri sbb aku ade sume skills tu...hahahahaha...mmg giler lah save duit hantaran...

tp mmg x logik lah klau aku nk bolot D.I.Y sume tu sbb aku kan PENGANTIN ...now, it's time utk korg cuci mata dgn gmbar2 plak ehhh???...semlm kan aku dh janji nk bg gmbar, so please enjoy even sikit je yg dpt aku upload...heeeeeeee~~~~~~ 

Barang2 utk D.I.Y Guestbook 

Potpourri utk Doorgift

Doofgift VIP

Antara bunga2 utk dijadikan gubahan hantaran
Bunga Telur, Bekas Pahar, Dulang Hantaran etc 

Friday, July 19, 2013

Gambar, Pictures, Images etc...Perlu ke???

Assalamualaikum my dear lovelies...
Salam 10th of Ramadhan


Haissshhh~~~
mcm mna lah baru sekrg aku perasan yg entry aku since this year langsung xde gmbar..patut lah mcm x best je nk scroll blog ni...hehehe...

harap maap ya bapak2 ibu2 semua nya...hahaha...aku ni asyik ambik gmbar tp xde satu pun nk duk attached dlm ni...kesian korg kne membaca tnpa sebarang selingan...mata kita memerlukan rest point a.k.a utk rehatkan mata drp juling itik sbb terpaksa bca ayat pnjg lebar yg boleh buat korg menguap ntah utk brape ribu lemon kali...

in shaa Allah, i'll try my best to attach atleast 1 or 2 pics per entry so u guys rsa seronok & teruja (bajet lg skali, mcm ade yg minat plak nk follow blog aku hari2)...even tough aku buat blog utk suka2 or nk share story mory aku yg kemungkinan besar ade kne mengena or dejavu dgn korg yg kt luar tu, tp aku still nk try buatkan blog ni berseri2 sbb encik MF mmg wajib kne buli utk bca entry2 ni sume...hahahaha...so, atleast ade lah benda yg boleh buat dia "terbuka" hati nk check blog aku ni...lalalalalalalala~~~

P/S : Encik MF gembira sbb aku berjaya ikut ckp dia...heeee~~~... (^___^) 

Thursday, July 18, 2013

Decision...A Wise Decision is Needed..

Assalamualaikum...
Happy fasting everybody...

hari ni nk bebel psl membuat keputusan yg bijak...semlm aku dpt job offer sebagai lecturer di INTEC Shah Alam...gaji dlm RM1200 as a partimer lecturer it's quite good for 3 hours working time once in a week & 4 times in a month... 

ape yg x bestnye aku ni duk kt soromban bukan kek area key ell...aku ingt nk buat kje giler g kje kt shah alam every week by KTM je...tp, tu lah mcm agak memenatkan lah plak & takut aku x leh catch up train on time je or train delay so mmg jwb nye x sempat nk smpai shah alam utk mengajar...uhuhuhu...

so, 2nd choice is to stay at shah alam & sewa umah dkt2 situ je...tp yg x best nye korg msti prasan kan??..yg aku ni kje 3 jam sehari je dlm seminggu, so ape yg aku nk buat kt umah sewa tu for the rest of the week???...aaarrrgggghhhhh...annoying giler nk buat keputusan...dh rsa nk give up je mcm encik MF semlm lps aku kemuka kan hujah2 ni sume...deeeennnggggg~~~~

pleeeeaaassseeeee help me people!!! i'm so pathetic right now...urrrgghhh...gosh, i need another back up plan...

P/S: Dear Encik MF , i'm so sory to disappoint you with my decision..decision making is sucks for many reasons... (-__-)

Wednesday, July 17, 2013

Journey of Love a.k.a B2B

Assalamualaikum...
Holla my dearest sweetheart pembaca2 blog...
Salam Ramadhan al-Mubarak utk hari yg ke-8...

Heeee~~~
nampak heading / title di atas tu???...yezzzaaa, bagus daya penglihatan anda sume...kehkehkeh...

i'm so sorry sbb dh lama x update blog sbb diriku kini bz x tentu hala (bajet lah bz sgt pdhal malas nk menaip)... 

nk dipendek kan cerita, aku sekrg ni tgh pening2 lalat menguruskan hal2 pernikahan & persandingan...btw, korg yg bca ni jgn nk tersengih2 or ter"histeria" sgt especially kwn2 aku yg ntah brape kali aku terpksa bg ubat penenang right after aku announce psl hal kawen ni kt dorg...sumpah !!! aku dh nk pekak dek pekikan & jeritan dorg...hahaha..seronok sgt lettew... (^_^)

ok, lain2 hal aku bgtahu korg in the next post lah ye??..aku dh beli brg2 kawen & uruskan bajet...next post, i will tell u guys in details (in shaa Allah)...siap dgn gmbar2 skali sebgai references korg di hari muka...

till we meet again in the next post...daaa for now!!!

P/S: Encik MF makin kerap dtg kt aku...sebab ape???...hah, itu yg korg x perlu tahu...hahaha..jgn marah aaaaaa~~~~

Sunday, March 17, 2013

Kematian itu Pasti...

Assalamualaikum w.b.t...
how's your day for today???

arini x brape nk best sgt sbb pd arini aku kehilangan sorg pensyarah yg sgt2 lah baik budi pekerti nya sbb arwah ni x prnah marah dgn student2 yg dia ajar wlaupun student t'sebut x patut diberi 2nd second chance (klau kena dgn lecturer lain mmg dh confirmed kena repeat subject student tu)...

arwah slalu bg tazkirah pagi seblum start kelas & ajak kteorg ingat kt Allah sepnjg msa dgn cara ingat mati & tanam pokok (bekalan amalan) kat tanah syurga melalui zikirullah...kdg2 aku ni smpai dh hafal dialog dia seblum nk start kelas & kdg2 rsa berdosa je sbb slalu rsa bosan bila dia asyik ulang ayat2 yg sma setiap kali kelas & sem baru...

pastu nk di tambah lg dgn cte sedih lain, ayah aku arini dh tergelek kucing dgn tayar kete sbb kucing tu wrna itam & dia tbe2 je meluru msuk bwh kete ayah aku bila kete dh gerak...dh mmg ajal dia nk mati arini tp seblum kucing tu mati, kucing tu ade msuk dlm umah aku & aku sempat bg dia mkn smpai kenyang + tertido...then, aku letak dia kt luar umah dgn harapan dia akan blk ke umah tuan asal dia tp rupe2nye dia just menyorok kt bwh kete tuan dia & bila nmpk kete ayah aku, dia g kejar plak...patutlah dia manja sgt2 arini kt aku & ibu msa dia msuk umah lps subuh td....huhuhuhu.... :'(



P/S: Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un...Al-Fatihah buat Prof. Dr. Ghassan Taha Yaseen....

Saturday, March 16, 2013

Nasib oh Nasib....

Assalamualaikum...
hello my dear lovely blog...
long time no see u...

ok, rsa nye ni lah 1st post aku utk taun 2013 ni...lama sgt gap yg aku ambik utk tulis blog sbb kdg2 aku langsung x teringat yg blog ni wujud lg...huhuhu...( soooo sorrryyy ye encik blog)...

btw, ape yg aku nk merepek utk 1st post ni adalah b'kaitan dgn nasib diri aku starting from the end of 2012 until today...so many things happened in my life smpai 1 tahap aku dh give up dgn hidup aku sendiri...klau di buat filem psl hidup aku ni, mau jd filem paling sadis & tragis mengalahkan novel2 yg ade kt pasaran...

meh aku start dgn hari2 terakhir dlm bulan Disember 2012...aku dpt kje kt sebuah galeri tudung kat area senawang wlaupn gaji x sebrape tp aku suka dgn kje tu sbb aku dpt blja cara2 menjahit manik & asah skill mengayat customer utk beli tudung..hehehe...tp, syg nya aku cuma dpt kje sebulan je sbb ayah ckp x berbaloi dgn degree yg aku ade tu...

January 2013, hidup aku semakin menjadi miserable sbb dh xde kje & tanam anggur kt umah....dlm bulan ni gak lah aku byk menangis sbb t'pksa reject byk offer kje yg aku dh penat2 apply semata2 nk puas kan ati ayah yg slalu ckp kje yg aku mintak tu sume x berbaloi...

dlm msa yg sma, aku failed jpj driving test sbb kena dajal dgn peg. jpj yg ckup t'kenal dgn prangai huduh dia yg suka gagalkan calon test pastu mulut mcm puaka suka maki-hamun org...agak2lah kan klau nk marah org yg baru nk blja bwk kete...mcm lah dia tu hebat sgt (agaknye lahir2 je pompuan meroyan tu trus pndai wat drift kete kot sbb tu lah dia b'lagak dgn calon2)...

yg plg sadis, aku failed driving test utk 2nd time plak sbb pemandu lama hon kete yg aku tgh drive utk test...rsa mcm nk saman je kete tu tp yg peg. jpj tu pun 1 hal, dia bkn x nmpk yg kete yg hon aku tu lah yg salah sbb dia dh tahu aku tgh bwk kete L & dia g ikut blakang kete aku pastu bila aku bwk slow (mmg sah2 lah klau tgh test kena ikut hadlaju 40-60km/j je klau nk lulus) dia marah then potong ikut kiri...

February, aku byk habiskan msa duk kt umah dgn mkn + tdo tiap2 hari smpai aku naik fedup dgn rutin ni...aku nk apply kje tp rmai sgt yg jd org bijak pndai nk bg nasihat kt aku psl kje so aku dgn senang ati declare yg aku malas nk cari kje lg sbb dh klau kje tu x betul, kje ni pun x betul, ape jelah kje yg betul sgt agak2nya dlm dunia ni kan???...jd perompak plg b'jaya kot yg sesuai utk aku???...(ni statement yg dikuarkan sbb dh t'bakar ati)...

akhirnya, di hari terakhir dlm bulan ni aku merasa gak pegang lesen P sbb msa driving test tu aku dpt peg. jpj yg sgt2 supportive... (^_^)
aku doa kan semoga peg. jpj yg tlg aku tu sentiasa dirahmati & diberkati Allah....Aamiin...

Now, dh March & aku harap sgt2 dlm bulan ni akan ade good news utk aku setelah hampir 2 bulan & hari2 aku menangis mengenangkan nasib dri aku ni...ape2 pun aku dh x nak mengharap sgt ttg sesuatu perkara sbb aku dh letih dikecewakan dgn takdir...

P/S: bila dh byk sgt dugaan yg dtg dlm 1 masa, kita akan rsa sgt letih & jd lebih pasif dgn keadaan sekeliling...x caye???...wait & see...sume org akan rsa benda ni cuma masa je yg berbeza...